Related Posts with Thumbnails

Agenda Kris Dayanti Dan Siti Nurhaliza

8:16 PM Posted by Tsanind09

foto sexy Krisdayanti tampil di MalaysiaDikutip dari berita Malaysia setelah konsernya Krisdayanti di sana.

KRIS DAYANTI bersyukur kerana mampu mempertahankan popularitinya di Malaysia sejak sedekad lalu.

Mahu terus perkukuh nama di persada seni dengan sebuah album duet

POPULARITINYA mula menular di negara ini saat lagu nyanyiannya, Menghitung Hari meledak di corong radio. Sebelum itu si pemilik nama Krisdayanti ini hanya dikenali di kalangan penggemar program pertandingan nyanyian serantau, Asia Bagus yang menobatkan dirinya sebagai juara musim pertama. Beginilah selebritis seputar Indonesia yang punya nama di negeri tetangga Malaysia, lagu - lagunya sangat tersohor dan banyak digemari.


Namun sedikit demi sedikit, penyanyi jelita bertaraf diva ini mula mencipta nama sekali gus menjadi antara penyanyi dari Indonesia yang cukup dikenali di sini sekali gus berjaya menghimpun ramai penggemar. Lagu nyanyiannya seperti Mencintaimu, Cobalah Untuk Setia, Pilihlah Aku, Cahaya semakin mendapat tempat di sini.

Siapa sangka tahun ini, genap sedekad ibu kepada dua cahaya mata ini membina populariti di Malaysia. Malah si empunya diri sendiri begitu terkejut dan teruja apabila mengenangkan perkara itu.

"Syukur alhamdulillah kerana peminat saya di Malaysia masih menyokong saya sehingga kini. Saya sendiri tak menyangka bahawa masih mendapat sokongan memandangkan sekarang ini begitu banyak muka-muka baru sama ada dari Malaysia atau Indonesia sendiri yang berkunjung ke sini.

"Ini adalah satu penghargaan buat saya kerana ini membuktikan muzik saya masih diterima. Dan lebih menyeronokkan saya apabila saya mempunyai ramai sahabat di kalangan rakan artis dan juga jurusolek dan kami sering berhubung dan bertanyakan khabar antara satu sama lain," cerita Kris ketika ditemui selepas mengadakan persembahan sempena Secretaries Week Luncheon Special Exclusively With Kris Dayanti di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade, Jalan Duta, kelmarin.

Begitupun, walaupun menyedari dia mempunyai ramai peminat di negara ini namun itu bukanlah tiket untuk dia bersenang lenang tanpa perlu berusaha.

"Lebih-lebih lagi apabila persaingan semakin sengit sejak kebelakangan ini. Saya kena berusaha keras kerana saya bukannya muda lagi. Justeru, saya harus mencari peluang dengan supaya lebih berjaya pada masa akan datang," katanya optimis.

Terlanjur bercerita mengenai soal persahabatan, tidak dinafikan ramai yang sedia maklum bahawa Kris memang rapat dengan diva tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Dan sebagai tanda akrabnya jalinan persahabatan itu maka tercetuslah idea untuk mereka berdua bergabung menghasilkan sebuah album duet.

"Memang kami ada perancangan ke arah itu sebelum ini iaitu sekitar November lalu tetapi sering tertangguh kerana kami berlainan syarikat rakaman. Namun memandangkan masing-masing sudah bebas dan bernaung di bawah label sendiri jadi hasrat itu akan diteruskan.

"Kami juga sudah berbincang dengan Siti dan untuk album itu nanti, saya dan Siti akan berduet untuk empat buah lagu baru manakala dua lagu lagi adalah lagu lama kami berdua. Material dalam album ini nanti akan dihasilkan oleh komposer dari Malaysia dan Indonesia," cerita Kris dalam nada teruja.

Bercerita mengenai kerjaya lakonan, Kris yang wajahnya sering dilihat di layar kaca berkata dia terpaksa menghentikan seketika aktiviti seni itu kerana ia tidak berbaloi buatnya.

"Ketika ini, semua penerbit sinetron memotong sebanyak 60 peratus bayaran kepada berlakon dan saya melihat perkara ini sebagai satu hinaan dalam kerjaya seorang pelakon dan satu tindakan seperti orang hilang akal.

"Terus terang, saya tidak akan berlakon jika perkara itu terus berlanjutan," tegas si pelantun Mencintaimu ini.

Selepas hampir dua tahun tidak mengadakan sebarang konsert di luar negara, Kris berkata tanggal 9 Mei ini dia akan mengadakan persembahan di Esplanade, Singapura sempena meraikan Hari Ibu.

"Kali terakhir saya mengadakan konsert di luar adalah sekitar tahun 2007 di Malaysia untuk Konsert 3 Diva. Diharapkan moga konsert ini mampu memberi lembaran baru untuk kerjaya seni saya untuk tahun 2009 ini," kata Kris yang akan muncul dalam album runut bunyi filem Tika Cinta Bertasbih berjudul Menanti Cinta hasil ciptaan Melly Goeslaw.

Kali kelima jayakan Minggu Setiausaha

SEDAR atau tidak, ini adalah tahun kelima Kris diundang ke ibu negara untuk menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. Seperkara menarik mengenai persembahan penyanyi bermata galak ini adalah kebijaksanaannya menghiburkan tetamu dengan pelbagai rentak lagu.

Bukan itu saja, setiap kali wanita ini berdiri di atas pentas, perkara utama yang akan diberikan perhatian adalah seraut wajahnya yang cukup jelita serta busana yang membaluti tubuhnya.

Sewaktu mengadakan persembahan tempoh hari, Kris kelihatan cukup anggun dengan gaun bertingkat-tingkat roma hitam benang emas. Biarpun kelihatan sarat namun tetap kelihatan cantik di atas pentas sambil disimbah lampu neon berwarna-warni.

Sepanjang tempoh sejam, Kris menyanyikan pelbagai lagu popularnya seperti I'm Sorry Goodbye, Mencintaimu, Menghitung Hari, Rembulan dan I'm. Malah dia turut menyanyikan kembali lagu Nora berjudul Di Persimpangan Dilema yang diberi nafas baru.

"Acara ini memang saya tunggu setiap tahun kerana inilah masanya saya bertemu dengan peminat saya di sini. Justeru, saya perlu mencipta kelainan kerana mungkin ada di antara penonton pernah menyaksikan saya beraksi untuk acara sama sebelum ini," katanya sambil melahirkan rasa bangga kerana masih menjadi pilihan penganjur iaitu Quality Hotel Kuala Lumpur.

Katanya lagi, walaupun dia mempunyai niat untuk menyanyikan pelbagai jenis lagu namun atas nasihat suaminya, Anang, dia lebih selesa menyanyikan lagu yang penonton atau peminatnya tahu dan boleh menyanyi bersamanya.

Majlis yang dikendalikan Dee sebagai pengacara itu turut menampilkan anak kepada bekas vokalis kumpulan Alleycats, mendiang Loga iaitu Dasha Logan sebagai pembuka tirai persembahan. Turut hadir menyaksikan acara itu adalah penyanyi bervokal mantap, Anuar Zain.

0 comments:

Post a Comment

Directory of Celebrities Blogs Celebrities blogs Entertainment Business Directory - BTS Local TopOfBlogs free search engine website submission top optimization DigNow.org Celebrities blogs Entertainment Business Directory - BTS Local Meilleur du Web : Annuaire des meilleurs sites Web.

Search Engine Optimization and SEO Tools
a href="http://www.ongsono.com" target="_blank" title="Free Increase Your website Page Rank">Increase Page Rank Subscribe to updates